Seni Itu Indah

Seni Itu Indah

Friday 2 December 2011

Kreativiti Dan Nilai Estetika Kanak -kanak.

  • Kanak-kanak kebanyakkannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka dengan pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
  • Kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada keupayaan seseoarang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran ciptaan manusia.
  • Aktiviti seni membantu perkembangan kanak-kanak. Aktiviti melukis misalnya memberi pengalaman kepada kanak-kanak memilih warna, bahan, bentuk, sais, dan garisan. Mereka boleh memilih bahan-bahan yang disukai dan mengeluarkan idea.(Narimah Badau dan Nani Menon)