Seni Itu Indah

Seni Itu Indah

Saturday 28 April 2012

kerja kursus

PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E- FORUM JUMLAH KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TUGASAN 1: Penulisan Esei Bidang Seni Kreatif (Muzik) TUGASAN 2: Perancangan Aktiviti Tarian Tradisional (Zapin) Persembahan Koir(Lagu Patriotik) KUMPULAN: GROUP PAHANG 02 (A112PJJ) NAMA NO. ID NO TELEFON NUR FARIZAH BINTI ABDUL LATIFF D20102042217 016-9534697 NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. NORDIN BIN MAMAT TARIKH SERAHAN: 28 APRIL 2012 ISI KANDUNGAN TUGASAN 1 1.0 Pendahuluan 2.0 Pengenalan Seni Muzik 3.0 Kepentingan Muzik dan Pembelajaran Kanak-kanak. 4.0 Pengalaman Muzikal Dalam Pergerakan Kreatif Kanak-kanak. 5.0 Muzik Dalam Nyanyian 6.0 Permainan Alatan Muzik 7.0 Meningkatkan Kesedaran Kanak-kanak Terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia Menerusi Muzik. 8.0 Rumusan 1.0 PENDAHULUAN Kanak-kanak merupakan seorang insan cilik yang tidak bisa lari dari kegiatan seni dalam kehidupan mereka. Kebanyakan mereka sangat berminat dengan aktiviti seni kreatif. Aktiviti seni kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Aktiviti yang melibatkan seni kreatif ialah seperti melukis,mewarna,kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi dan membentuk arca. Aktiviti seni kreatif membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi (Narimah Badau, 2003). Aktiviti seni kreatif membantu perkembangan kanak-kanak (Nani Menon, 2003). Aktiviti seni terbahagi kepada dua iaitu seni visual dan seni persembahan. Bidang seni kreatif merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak untuk melahirkan perasaan secara semulajadi dan kreatif. Aktiviti seni kreatif juga merupakan satu cara untuk mendekatkan kanak-kanak kepada budaya masyarakat Malaysia. Menurut Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat pembelajaran. Ini adalah kerana aktiviti seni kreatif menyediakan ruang untuk kanak-kanak berkomunikasi tanpa bahasa atau dengan bahasa. 2.0 PENGENALAN SENI MUZIK Muzik ialah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang turut boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Pengertian muzik dalam Bahasa Arab disebut sebagai ‘Handasah Alsawt’ yang bermaksud ‘kejuruteraan bunyi secara artistik’. Perkataan muzik pula telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman purba Yunani diberi nama sebagai ‘Muses’. Muses bermaksud semua bentuk seni halus termasuklah muzik. Sejak hari itu, penggunaan perkataan muzik digunakan secara meluas dan secara universal. Muzik juga adalah satu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural (Campbell, 1995). Muzik sebenarnya sering didedahkan oleh ibu kepada anaknya semasa mereka masih bayi lagi atau dalam kandungan. Pada peringkat ini, bayi diransang dengan bunyi-bunyi seperti gerakan,tekanan, dan getaran. Bayi yang berusia dua bulan pula berhenti merengek apabila mendengar muzik (Nani Menon, 2003). Kanak-kanak yang berumur sepuluh bulan juga akan menggoyang-goyangkan badannya apabila mendengar bunyi muzik (Liew Ai Lin,2003). Muzik merupakan satu elemen atau bidang seni kreatif yang penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Muzik digemari secara semulajadi oleh semua kanak-kanak.(Nani Menon, 2003). Petunjuk ini sudah membuktikan bahawa muzik memang digemari secara semulajadi bermula dari bayi hinggalah manusia dewasa. Muzik boleh dikatakan terlalu akrab dengan manusia. Contohnya seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur. Mereka juga menyanyikan nada irama kanak-kanak sewaktu menyampaikan cerita. Rangsangan muzik yang diberikan adalah titik permulaan untuk memberkan perkembangan yang sihat kepada bayi dam kanak-kanak. Muzik disampaikan melalui nyanyian dan permainan alat muzik. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik (Liew Ai Ling,2003). Muzik disampaikan kepada kanak-kanak melalui cara menyanyi. Kanak-kanak boleh belajar melalui nyanyian. Ini adalah kerana, kanak-kanak mudah mengingati sesuatu dengan nyanyian disebabkan nyanyian mempunyai rentak tertentu untuk menarik perhatian si cilik. Muzik diperkenalkan kepada kanak-kanak, terutamannya kanak-kanak prasekolah dalam bentuk bunyi. Elemen bunyi yang dikategorikan kepada beberapa konsep muzik iaitu konsep dinamik berkaitan bunyi kuat ataupun lembut, tempo iaitu cepat ataupun perlahan sesuatu irama, timbre iaitu kualtiti ton, durasi panjang ataupun pendek sesuatu bunyi pic iaitu nada tinggi ataupun rendah, detik dan irama. Kanak-kanak akan mendapat banyak faedah apabila kaedah pengajaran muzik ditumpukan kepada pengajaran konsep muzik. Bunyi kicauan burung-burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar di persekitaran juga dikatakan sebagai muzik. Antara faedah yang boleh diperolehi oleh kanak-kanak ialah mereka boleh menguasai kemahiran mendengar yang kritikal ketika menikmati bunyi muzik. Muzik adalah kepunyaan semua manusia. Muzi perlu dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Pendidikan muzik adalah satu kemestian yang perlu diajar di sekolah rendah. Pendidikan muzik yang diajar untuk kanak-kanak adalah satu cara untuk menghayati pendidikan muzik. Muzik turut dapat mencungkil bakat yang terdapat dalam diri kanak-kanak supaya ianya berkembang dengan mekar (Khairul Bariah,2011). Pendidikan muzik sememangnya bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik kearah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara. Menyedari kepentingan muzik dalam kehidupan, pengajaran muzik perlu berlaku di awal Prasekolah dan ianya memang telah berlaku. Kanak-kanak usia ini mudah menerima isi pelajaran yang disampaikan. Kanak-kanak prasekolah perlu dibimbing untuk mengikuti muzik yang bermutu. Muzik membolehkan kanak-kanak menikmati pelbagai pengalaman muzik, memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri, kanak-kanak turut boleh merasai serta mengenal konsep muzik. Mempelajari muzik juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif. Menguasai muzik juga membolehkan kanak-kanak mengembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dan gerakan serta bisa bermain alat muzik. Muzik juga dapat mendisiplinkan diri, memupuk semangat berusaha dan berkeyakinan tinggi. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi Kurikulum Pendidikan di sekolah (Khalijah Mohamed,2011). Penyediaan lirik dan lagu yang mudah amat penting untuk menggalakkan kanak-kanak menguasai nyanyian atau muzik yang diikuti. Menurut Zoltan Kodaly, muzik dapat membantu dalam perkembangan emosi, intelek, jasmani dan rohani kanak-kanak. Selain itu, Zoltan Kodaly juga menyatakan muzik juga menjadikan cara hidup seseoarang lebih bermakna dan bukannya semata-mata untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang tinggi. Menggalakkan kanak-kanak menguasai muzik bukanlah suatu kerja yang mudah dalam kalangan guru-guru muzik atau guru prasekolah. Ini adalah kerana, ketika mengajar nyanyian, guru mungkin akan mendapat gangguan kurangnya tumpuan dari anak murid. ini mungkin kerana, lagu yang ingin dipelajari masih baru untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran muzik yang kondusif di mana ianya merangkumi aspek main, permainan, komunikasi, gambaran imiginasi, bercerita, berkongsi refleksi dalam kehidupan, penglibatan kumpulan dan individu dalam kehidupan bermasyarakat, sentiasa menggunakan latih tubi serta kanak-kanak sentiasa mematuhi dan mengikut model. Keupayaan muzik semulajadi kanak-kanak menjadi stabil apabila mereka meningkat ke umur sembilan tahun. Pada peringkat awal kanak-kanak sukar untuk memahami dan menghasilkan muzik (Andress B, 1980). Kemahiran muzikal yang boleh dikuasai oleh kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan tertentu berdasarkan lampiran yang di sertakan. Bil Umur Huraian 1. Bayi -Berupaya bertindak balas terhadap bunyi dan suka apabila mendengar suara manusia. 2. 2 tahun -Kanak-kanak sudah ada pengalaman muzikal dan rima. -Kanak-kanak berupaya belajar mengawal suara nyayian mereka, menikmati lagu-lagu yang ringkas, bergerak mengikut rentak muzik dan menginterprestasikan dengan pelbagai peralatan yang ringkas. 3. 3 Tahun -Pada peringkat ini kanak-kanak telah mengalami perkembangan kawalan psikomotor, daya ingatan, keupayaan konseptual, penumpuan perhatian dan berdikari. -Kanak-kanak sudah mula tahu pelbagai lagu, membezakan bunyi yang berlainan dan mengaitkan muzik-muzik khas dengan pergerakan tertentu. 4. 4 Tahun -Kanak-kanak berupaya meniru dan mengikuti melodi yang lebih kompleks, mencipta seni kata lagu dan mencuba peralatan muzik. 5. 5-6 Tahun -Kanak-kanak berupaya menghargai lagu dan tarian yang berperaturan, mengikut corak rentak spesifik dan boleh bermain alat muzik yang ringkas. 6. 7-8 Tahun -Kanak-kanak telah mula menghadiri kelas formal di mana mereka boleh membaca seni kata lagu, menikmati lagu yang mempunyai peraturan, membezakan bunyi dan nada. -Pada peringkat ini kanak-kanak suka melakukan aktiviti berkumpulan yang mempunyai unsur muzik. Lampiran 1 3.0 KEPENTINGAN MUZIK UNTUK PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK. Aktiviti muzik sebenarnya adalah satu bidang seni kreatif yang unik untuk dikuasai oleh kanak-kanak dalam usia yang muda. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan sosioemosi yang stabil dan sesuai. Perkembangan emosi yang dimaksudkan di sini ialah kanak-kanak gemar atau akan menyanyi bersama rakan-rakan. Selalunya pernyertaan dalam aktiviti ini lebih kepada penyertaan berkumpulan. Kanak-kanak juga akan menari serta menggerakkan badan mengikut bunyi muzik secara kreatif walaupun guru telah membimbingnya terlebih dahulu. Melalui aktiviti muzik kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan marah, takut , gembira dan berani menghadapi kenyataan. Kanak-kanak bisa meluahkan perasaan gembira dan seronok melalui aktiviti muzik(Liew Ai Ling,2005). Contohnya ketika kanak-kanak disuruh menyanyi di hadapan kawan-kawan mereka. Kanak-kanak juga boleh membina disiplin diri terutamanya semasa menunggu giliran mereka untuk aktiviti muzik yang dijalankan. Kanak-kanak juga boleh meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif. Kanak-kanak akan belajar menjadi pemimpin dan mengikut disamping belajar bekerjasama dan bertolak ansur (Nani Menon,2005). Muzik juga membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor kasar mereka. Perkembangan fizikal kanak-kanak kearah yang positif menggalakkan kanak-kanak meningkatkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan. Melalui muzik juga , kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus misalnya dengan pergerakan jejari dan boleh menggunakan alat muzik tertentu. Aktiviti muzik yang menarik menarik membantu kanak-kanak menggoyangkan badan mengikut irama muzik. Perkembangan fizikal kanak-kanak memerlukan ‘movement’ yang menarik. Pergerakan non lokomotor dan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan yang lebih kreatif di mana murid dapat memanfaatkan penggunaan otot kasar dan otot halus dalam melakukan sesuatu aktiviti pergerakan (Zaiton Mohamad,2011). Bidang seni kreatif ini juga dapat memperkembangkan kanak-kanak dari aspek kognitif. Jika belajar sambil bermain benar-benar memberi faedah kepada kanak-kanak, begitu juga pembelajaran muzik. Perkembangan kanak-kanak menerusi muzik ialah mereka dapat menguasai konsep muzik seperti pic, rima, dan rentak. Aktiviti muzik juga dapat meningkatkan daya ingatan murid. Ini jelas di mana, kanak-kanak bisa mengingati nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan teknik nyanyian. Belajar menerusi nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai sesuatu topik dengan lebih berkesan. Dari segi aspek menguasai nyanyian juga memahirkan kanak-kanak membezakan nada bunyi tinggi dan rendah. Melalui aktiviti muzik ini, kanak-kanak turut dapat meningkatkan kemahiran mendengar dengan lebih baik. Muzik juga boleh meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata. Peningkatan perkembangan bahasa dapat dikembangkan semasa menyebut atau menyanyi (Nani Menon,2005) Pemperluaskan perbendaharaan kata membantu kanak-kanak mempelajari perkataan-perkataan baru dan meningkatkan kemahiran kognitifnya melalui muzik dan nyanyian (Dumtschin,1987). Kemahiran komunikasi dan perkembangan sosial murid juga dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Kanak-kanak yang mempelajari muzik , boleh meningkatkan kreativiti dan imaginasi dengan memberi maklum balas kepada kepada muzik dan pergerakan. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti muzik mestilah secara aktif dan bermakna. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian melibatkan imaginasi atau khayalan secara tidak langsung dapatdapat memupuk nilai estetika dalam diri kanak-kanak (Dr, Loy Chee Luen, 2012). Aktiviti muzik akan lebih kreatif sekiranya ianya disampaikan melalui cara berpantun atau mendeklamasikan sajak. Aktiviti yang kreatif dalam bidang muzik dapat memberikan pengalaman muzikal yang bermakna kepada kanak-kanak. Aktiviti muzik dapat mempertingkatkan perkembangan dalam pembelajaran kanak-kanak. Muzik menggalakkan mereka memberikan respon yang baik dan menjadikan mereka lebih berdisiplin jika kena dengan cara bimbingan yang dilakukan oleh guru. Menerapkan nilai-nilai estetika dalam seni kreatif muzik menjadikan kanakkanak berkembang secara holistic dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. Muzik juga dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Muzik juga bisa memberikan ketenangan dan kegembiraan dalam meneroka alam pembelajaran. Pengajaran muzik kepada kanak-kanak sangatlah penting untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin dalam kelas. Kanak-kanak juga dapat mengembangkan intelek mereka kerana mereka faham akan konsep muzik yang sebenarnya. Aplikasi muzik ke dalam mata pelajaran amatlah sesuai kerana ianya meningkatkan daya ingatan dan penguasaan bahasa yang lebih baik. Pengajaran muzik juga dapat meningkatkan pemahaman budaya kanak-kanak mengenai pengenalan bangsa, agama,adat resam dan kebudayaan masyarakat berbilang kaum (Khairul Bariah,2011). Kanak-kanak juga dapat memupuk nilai patriotisme atau semangat kebangsaan dengan mempelajari lagu-lagu kebangsaan. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus diberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti –aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan joyfull learning serta yang memberi pengetahuan dan pengalaman yang berkesan (Zaharah Abdul Manap,2012). 4.0 PENGALAMAN MUZIKAL DALAM PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK Lampiran 2 Guru memainkan peranan yang penting dalam melahirkan kanak-kanak yang mengalami pengalaman muzikal yang bermakna. Kanak-kanak boleh menikmati aktiviti muzik dengan lebih baik sekiranya guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Penyediaan bahan bantu mengajar yang menarik sememangnya dapat mencuri tumpuan murid atau kanak-kanak. Galakan dan tunjuk ajar juga membantu kanak-kanak lebih menjiwai bidang seni kreatif ini. Menurut Grace Nash “ Movement is necessary to mental and physical development as food ”. Ini jelas menunjukkan tubuh badan merupakan alat muzik yang utama kepada asas pembelajaran muzik dalam kalangan kanak-kanak. Ini bertujuan kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi yang mengintegrasikan telinga, minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Pergerakan telah berlaku sebelum seseoarang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan serta akhirnya kaki. Begitu juga dengan perkembangan motor, ia bermula daripada perkembangan motor kasar dengan perkembangan motor halus. Pada umur 3 tahun mereka dapat bergerak dengan laju ataupun perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka. Terdapat beberapa faedah pergerakan iaitu meneroka natural rhythms seperti bernafas, berehat, berjalan,berlari dan melompat. Selain itu integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan juga terjadi kepada kanak-kanak. Melalui pergerakan seperti ini, ianya turut mengintegrasikan otak kiri dan otak kanan kanak-kanak(Nani Menon, 2003). Unsur-unsur muzik seperti irama, melodi, harmoni, ekspresi, bentuk, tekstur dan warna ton dapat dipelajari oleh murid semasa bermain alatan muzik,dalam nyanyian serta pergerakan. Pergerakan yang kreatif ialah pergerakan berasaskan unsure alam seperti berjalan pantas seperti arnab dan berjalan seperti monyet. Ini meruapakan satu cara untuk kanak-kanak meluahkan perasaan berdasarkan imaginasi yang kreatif. Pergerakan yang indah akan lebih menyeronokkan jika diiringi alunan muzik (Khalijah Mohamed,2011). Melalui cara ini, kanak-kanak boleh menguasai isi pelajaran muzik secara menyeluruh dan lebih optimum. Pergerakan semasa menyanyi tidaklah memerlukan ruang yang banyak. Pergerakan ini biasanya dihadkan kepada pergerakan pada bahagian separuh atas badan. Pergerakan ini biasanya mengikut lirik lagu supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan menyanyi dengan lebih bersemangat (Nani Menon, 2003). Pergerakan kreatif ialah pergerakan yang tiada had rupa bentuk pergerakan tersebut. Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan atau yang didengar. Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian,perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan atas bawah, kiri kanan dan depan belakang meruapakan elemen pertama. Elemen kedua berkaitan dengan kuasa iaitu berat ringan, tegang-regang dan tajam-licin. Eleman masa pula menentukan cepat –perlahan, panjang-pendek dan detik (Liew Ai Lin,2003). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif serta mengikuti muzik. Contoh pergerakan kreatif ialah menggunakan badan sebagai instrumen untuk membuat pergerakan seperti hujan turun, angin bertiup, air mengalir serta pergerakan seperti haiwan contohnya ikan atau burung. Pergerakan ini lebih sesuai untuk kanak-kanak prasekolah hinggalah ke tahap satu. Pergerakan dengan corak irama dan tarian pula lebih sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya kerana pergerakan jenis ini sukar untuk diingati urutannya. Pergerakan kreatif juga dikatakan sebagai satu pengalaman psikomotor yang mengandungi domain kognitif dan domain afektif di samping mewujudkan gaya pembelajaran yang berbeza mengikut individu (Yusri Haji Hussein,2011). Kanak-kanak boleh memanipulasikan pengalaman sedia ada untuk meluahkan perasaan dalam pergerakan kreatif. Selain itu cara ini juga boleh meningkatkan tahap kesediaan kanak-kanak untuk mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan. Pergerakan kreatif merupakan satu proses pembelajaran melalui perlakuan da pengalamian (Learning by Doing, Dalcroze 1950). Pergerakan kreatif bermatlamat un tuk melahirkan serta membentuk individu berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pergerkan kreatif juga bertujuan menyuburkan pertumbuhan total dan perkembangan kanak-kanak bagi memenuhi kehendak intelek, fizikal, social dan emosi si cilik. Pergerakan kreatif juga saling bergantung antara psikologi, sosiologi dan pedagogi. Pergerakan kreatif juga merupakan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang penting kearah perkembangan domain dan psikososial kanak-kanak. Pergerakan kreatif menjadikan kanak-kanak belajar untuk berdikari dan bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka untuk meningkatkan keupayaan minda kanak-kanak. Oleh yang demikian pergerakan kreatif adalah satu cabang seni yang terlalu unik (Khairul Bariah,2011). Kepentingan pergerakan kreatif dalam perkembangan kanak-kanak ialah kanak-kanak dapat menggunakan secara maksimum pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan kreatif juga dapat membantu kanak-kanak untuk berfikir dan beraspirasi untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Pergerakan kreatif boleh memberi kanak-kanak kepuasan, ketenangan dan kegembiraan di samping dapat berkomunikasi secara berkesan. Pergerakan kreatif dalam kalangan kanak-kanak dapat melahirkan emosi yang stabil dan kanak-kanak berasa puas melakukan aktiviti pergerakan ini. Kanak-kanak yang melihat hasil persembahan berbentuk tarian, drama tari dan pentomin membolehkan kanak-kanak beremosi sedih dan gembira. Beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Kreatif ialah memastikan kanak-kanak menggunakan gerak lenggok tubuh sebagai alat untuk mencurahkan perasaan dan idea. Selain itu, guru juga perlu memastikan bahan rangsangan yang digunakan seperti muzik, suara, gambar, reka bentuk atau grafik, lukisan, riben dan apa sahaja objek yang digunakan untuk memperkembangkan daya imaginasi murid. Ini adalah sesuai untuk membolehkan kanak-kanak melakukan pergerakan yang kreatif. Daya cipta kreativiti kanak-kanak perlu dipertimbangkan dengan memberi kebebasan dalam mencurah atau melahirkan perasaan dan idea serta menggalakkan daya cipta kreativiti. Guru perlu sedar bahawa kesedaran ritma dicapai melalui rangsangan bunyi dan ritma semulajadi dalam pergerakan merupakan satu daya kreatif. Dalam pergerakan kreatif, penyampaian persembahan kanak-kanak selalunya dalam kumpulan supaya ianya dapat membantu kanak-kanak bersemangat ‘satu team’. Pergerakan kreatif yang dihasilkan mestilah terancang dimana ianya disusun dengan kemas. Aktiviti berkumpulan yang dipersembahkan dengan baik adalah hasil komunikasi idea atau perasaan dan semangat toleransi yang terbina tersendiri berdasarkan pergerakan kreatif yang dilakukan oleh kanak-kanak. Bagi menghasilkan pergerakan kreatif yang menarik, guru perlu menggunakan pelbagai muzik daripadaa kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru itu sendiri. Ini bertujuan bagi merangsang kanak-kanak bergerak bersama muzik (Nani Menon, 2003). Penggunaan kaedah mengajar, pendekatan, dan teknik pengajaran dan pembelajaran menepati gaya pembelajaran kanak-kanak yang berbeza dan unik untuk pembelajaran yang efektif, menarik dan bermakna dalam pergerakan kreatif yang dihasilkan oleh kanak-kanak (Liew Ai lin, 2003). Pergerakan kreatif yang dihasilkan oleh kanak-kanak menjadikan kanak-kanak berfikiran secara kreatif dan bijak mengawal emosi. 5.0 Muzik Dalam Nyanyian Nyanyian dan muzik tidak dapat dipisahkan kerana ianya saling bergantungan. Nyanyian adalah satu cara yang paling semula jadi untuk kanak-kanak membuat muzik (Nani Menon, 2003). Padanan lagu dan pergerakan, drama ataupun mainan yang sesuai digunakan dalam nyanyian untuk menjadikan nyanyian yang disampaikan oleh kanak-kanak lebih menarik. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan lagu yang mudah supaya mereka boleh menyanyi dengan sebutan yang lebih jelas. Nyanyian sebenarnya menerapkan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri kanak-kanak. Kanak-kanak gemar menyanyi dalam kumpulan. Kanak-kanak boleh digalakkan menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama. Kanak-kanak boleh didedahkan dengan pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada pic, tempo, corak irama, melodi dan ekspresi mengikut mud dan dinamik. Kanak-kanak juga diajar teknik dan cara menyanyi dengan membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan memberi tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran suara,artikulasi, sebutan dan postur yang betul. Melalui teknik nyanyian, kanak-kanak boleh meneroka dan mengenal muzik nyanyian. Ini jelas di mana, kanak-kanak memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman yang diperolehi dengan mendengar dan mengenali pelbagai lagu yang berunsurkan tradisional atau lagu kanak-kanak biasa. 6.0 Permainan Alatan Muzik. Apabila alatan muzik diberi kepada kanak-kanak, mereka akan serta merta membunyikan alat muzik tersebut dan mendapatkan kepuasan daripada bunyi tersebut. Kanak-kanak daripada semua peringkat umur dapat bermain alat muzik, ini termasuk alat perkusi seperti’rattle’, gendering, tamborin dan juga alat muzik berpic seperti piano, rekorder dan sebagainya. Contohnya kanak-kanak prasekolah dapat mengawal pergerakan rattle mengikut kehendak sendiri jika dibandingkan dengan bayi. Pengalaman bermain alat muzik ini penting bukan sahaja untuk mereka bermain irama tetapi juga dapat memperkembangkan koordinasi otot bagi membolehkan mereka bermain alat muzik kelak (Nani Menon, 2003). Contoh alat muzik tidak berpic ialah gendang, marakas, kayu irama, loceng, kerincing, kayu tik tok dan kastenets. Contoh alatan muzik yang berpic ialah seperti xylofon, gitar dan piano. Kanak-kanak juga boleh menggunakan badan sendiri untuk mencipta alatan muzik. Mereka boleh bertepuk tangan, menghentak kaki dan memetik jari untuk menghasilkan irama sambil mengiringi lagu. Guru perlu menyediakan aktiviti yang fleksibel dalam menggalakkan kanak-kanak bermain alat muzik dengan lebih bermakna. 9.0 Meningkatkan Kesedaran Kanak-kanak Terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia Menerusi Muzik. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan muzik yang berunsurkan tradisional kerana mereka perlu sedar akan kepelbagaian budaya yang terdapat dalam negara Malaysia. Menerusi muzik, kanak-kanak boleh mengetahui tentang budaya masyarakat Malaysia. Pengenalan lagu-lagu rakyat kepada kanak-kanak amatlah sesuai dan ianya boleh mengekalkan unsure tradisional yang semakin dilupakan oleh masyarakat kini. Kesedaran ini penting untuk melatih generasi muda untuk menghargai muzik tradisional. Muzik atau lagu tradisional merupakan satu kesinambungan yang menghubungkan zaman dahulu dengan zaman sekarang. Menguasai lagu-lagu rakyat kepada kanak-kanak sebenarnya dapat menerapkan nilai-nilai murni yang menggambarkan cara hidup masyarkat terdahulu yang penuh kesopanan. Contoh lagu tersebut ialah lagu pekerjaan, kelahiran, kematian, perkahwinan, kanak-kanak, keindahan alam, keagamaan, peperangan dan lain-lain. Lagu-lagu rakyat ini tidak diketahui penciptanya tetapi ianya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut, generasi ke generasi. Tradisi secara lisan ini diturunkan bagi memelihara akan keaslian muziknya tanpa mengubah untuk mengikut zaman dan selera masyarakat setempat. Lagu rakyat masayarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesuatu kawasan dalam alam melayu tidak kira kawasan terletak di mana-mana pelosok pulau terpencil di Nusantara. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun senario semasa di kawasan tersebut. Rasa sayang eh.. rasa sayang sayang eh.. Eh..Lihat nona jauh rasa sayang-sayang eh. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar , Kalau salah tolong tunjukkan. Rasa sayang eh.. rasa sayang sayang eh.. Eh..Lihat nona jauh rasa sayang-sayang eh. Lampiran 3 Berdasarkan lampiran 3 atau lagu rakyat ‘Rasa Sayang Eh..’ dapat saya nyatakan di sini bahawa lagu ini merupakan satu lagu warisan zaman yang diketahui oleh semua kaum di dalam Malaysia termasuklah generasi terkini. Lagu rakyat ini bukan sahaja boleh membuatkan rasa terhibur malah lagu ini memberikan nasihat berguna dan amat sesuai digunakan untuk kanak-kanak supaya mereka sentiasa berasa rendah diri jika ingin mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan. Lagu ini dikuasai oleh kaum-kaum di dalam negara ini kerana ianya mudah dan ianya diwarisi dari turun- temurun. Sebagai seorang guru, kita perlu mendedahkan kanak-kanak kepada muzik atau lagu-lagu rakyat supaya ianya dapat dijadikan tunggak untuk membentuk kelakuan yang sopan. Melodi dan corak irama yang mudah dan berulang-ulang, menggunakan perbendaharaan kata yang umum dan mudah dan liriknya yang senang diingati menjadikan lagu rakyat ini lebih menarik. Penggunaan alatan muzik dari badan sendiri iaitu bertepuk tangan mengikut melodi menjadikan lagu ini menarik dan diminati sehingga sekarang. Lagu-lagu rakyat yang berunsurkan tradisional mempunyai nilai estetik yang tinggi serta merupakan satu identiti kepunyaan sesebuah negara (Khairul Bariah,2011). 8.0 Rumusan Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan program di sekolah atau dalam pendidikan prasekolah. Melalui aktiviti ini ia bukan sahaja memberikan pengalaman awal, tetapi juga memaksimumkan potensi mereka. Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar. Melalui muzik kanak-kanak mendapat keseronokan, luahan perasaan, keseimbangan emosi,konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran dengan muzik(Khalijah Mohamed,2011). Semakin bertambah kemahiran dan kebolehan guru mengendalikan pelbagai aktiviti muzik sema kin bertambah kebolehan, pencapaian dan perkembangan dalam bidang seni kreatif ini dalam kalangan kanak-kanak. Muzik rakyat juga tidak akan dipinggirkan dalam menggalakkan kanak-kanak menjelajah lagu-lagu rakyat yang unik ini. Penggunaan alatan muzik juga tidak dilupakan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran bermain alatan muzik mengikut melodi dengan lebih baik. Sesungguhnya seni kreatif muzik amat perlu dalam kehidupan kanak-kanak supaya mereka boleh menjadi lebih kreatif dan mempunyai pemikiran yang sihat sentiasa. Kanak-kanak hendaklah didedahkan kepada muzik yang bermutu untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin dan membentuk jati diri yang beridentiti dalam masyarakat hari ini. Rujukan 1. Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohd Sharani Ahmad, 2003. Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd : Pahang Darul Makmur. 2. Dr. Loy Chee Luen, 2012. Modul Ekpresi Kreativiti Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjung Malim. 3. Khairul Bariah Haroen, Khalijah Mohamed, Zaiton Mohamad, Zaharah Abd Manap, Yusri Hj Hussain, 2011. Pengenalan Pendidikan Muzik, Open University Malaysia (OUM): Selangor. 4. Nani Menon, 2005. Permainan, Lagu & Puisi, PTS Profesional : Pahang. 5. Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob, Jurnal Perkembangan Kanak-kanak Melalui Muzik, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein. ISI KANDUNGAN TUGASAN 2 1.0 Pendahuluan 2.0 Antara perkara tersebut dalam perancangan aktiviti yang pertama: 3.0 Perancangan Aktiviti yang kedua 4.0 Rumusan 5.0 Rujukan 1.0 Pendahuluan Sebagai seorang guru di sebuah sekolah dalam taman di daerah Kuantan, saya telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan 2 persembahan yang kreatif sempena Hari Penyampaian Hadiah Peringkat sekolah. Majlis penyampaian hadiah ini akan di hadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato Adnan Yaakob selaku Menteri Besar negeri Pahang. Sambutan penyamapaian hadiah untuk para murid yang cemerlang dijangka akan diberi oleh Dato Seri Adnan Yaakob. Kehadiran beliau dijangka bakal menggamatkan suasana pada hari tersebut kerana ini adalah buat julung kalinya kehadiran menteri besar ke sekolah ini. Saya telah merancang dua aktiviti yang sesuai untuk majlis ini. Aktiviti yang pertama ialah Tarian Tradisional Zapin yang akan dipersembahkan sebagai pembuka majlis pada hari tersebut. Berdasarkan aktiviti ini, perancangan saya mengandungi beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan persembahan tarian tradisional ini. 2.0Antara perkara tersebut dalam perancangan aktiviti yang pertama: a)Tema Tema persembahan pertama ialah Tarian Tradisional rakyat di Malaysia. Saya memilih untuk melatih beberapa orang murid tahun lima untuk menari tarian tradisional ini. Tema ini sangat sesuai kerana ianya dipersembahkan sebagai pembuka majlis rasmi ibarat kata pepatah, “ Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”. Tarian tradisional merupakan satu tarian perlu dilaksanakan dalam aktiviti di sekolah. b) Tajuk Aktiviti Tarian yang ingin disampaikan pada hari penyampaian hadiah tersebut ialah, Tarian Tradisional Zapin. Zapin merupakan satu tarian yang unik serta ianya melibatkan penggunaan kaki secara maksimum. Perkataan zapin bertasal dari Al Zaffan iaitu gerak kaki. Zapin Melayu umumnya ditarikan oleh orang-orang Melayu. Lagu-lagu zapin berasaskan syair-syair atau pantun Melayu. Pada mulanya hanya golongan lelaki sahaja yang menyertai tarian ini tetapi kini ia telah dimodifikasikan dengan penyertaan golongan wanita. (Rujuk Lampiran 1) Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrument muzik tradisional dan genre lagu-lagunya ialah Samrah. Instrumen yang terlibat ialah biola, marwas dan gambus. Lampiran 1 Terdapat banyak bentuk tarian Zapin yang masih mengekalkan peraturan asal iaitu gerakan kaki sebagai asas tari. Tarian Zapin yang hendak dipersembahkan untuk hari penyampaian ialah tarian Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing. Tarian Zapin ini pada asalnya ditari oleh para nelayan di atas kapal mengikut arus laut. Gerakan Tengliu menunjukkan penari seolah-olah menari terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan sambil tangannya memegang tali kapal. Gerakan tarian ini banyak melakukan gerakan yang tidak disangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu. Sejarah asal tarian ini ialah berasal dari Arab. Tarian ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur. Tarian ini diguanakan sebagai cara untuk menyampaikan dakwah Islamiah melalui lagu-lagu berbentuk syair. Tarian Zapin ini telah masyhur di negeri Johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor ke pedalaman melalui sungai bersama-sama penempatan arab di kampung Melayu. Sebagai guru yang bertanggungjawab menyediakan persembahan seni tarian kreatif ini, saya amat berminat untuk merancang persembahan yang menarik sebagai persembahan pembukaan. Saya memilih tarian Zapin ini kerana, saya ingin melakukan satu kelainan dalam persembahan semasa Hari Penyampaian Hadiah. C) Rasional Aktiviti Saya memilih untuk menyediakan persembahan Tarian Zapin pada hari Penyampaian Hadiah ini ialah bertujuan membolehkan murid-murid generasi hari ini mengenal tarian tradisional warisan zaman secara lebih dekat. Selain itu, tarian Zapin ini bakal membuka mata para hadirin bahawa, seni tarian tradisional masih belum dilupakan oleh masyarakat hari ini. Tarian Zapin juga adalah bertujuan memelihara seni tari warisan supaya tidak pupus untuk tatapan generasi kini. Tarian Zapin juga terlalu unik dan sesuai dipertontonkan pada hari-hari penting di sekolah. Sebagai seorang guru, saya juga ingin berkongsi minat dengan orang lain tentang tarian Zapin ini. Tarian Zapin merupakan sebuah tarian yang bisa memukau para penonton pada hari penyampaian hadiah tersebut. Tarian ini dipersembahkan selaras dengan program 1 Malaysia seperti yang diwawarkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang. d) Bilangan murid yang terlibat Bilangan murid yang terlibat dalam Tarian Zapin ini ialah seramai lima orang murid lelaki. Saya memilih murid lelaki untuk membuat persembahan ini ialah kerana ianya lebih menarik kerana pada asasnya tarian ini dipelopori oleh golongan lelaki sahaja. Murid-murid lelaki perlu didedahkan dengan seni tari tradisional yang semakin tidak dikenali. Murid lelaki ini mudah dilatih dan tidak memerlukan jumlah yang ramai dalam menjayakan sesuatu persembahan kreatif di atas pentas. e) Durasi aktiviti Durasi perjalanan aktiviti atau tempoh persembahan Tarian Zapin ini ialah selama 7 minit. Ini bertepatan kerana ianya dipersembahkan pada pembuka tirai majlis penyampaian hadiah. Tarian Zapin ini akan menggamatkan suasana dan membuat para hadirin terhormat terpesona persembahan yang dipertontonkan. f)Peralatan/ bahan/costume/muzik dan lain-lain Costume atau pakaian persembahan yang saya gunakan kepada penari tarian Zapin ialah baju Melayu, sampin songket, songkok diselit bunga. Lagu yang saya sesuaikan untuk persembahan tarian Zapin ini ialah lagu Siti Nuhaliza iaitu ‘Ya Maulai’. Cakera padat lagu Siti NurHaliza dan radio akan saya sediakan untuk diuruskan oleh pihak teknikal majlis pada waktu itu. Cara pemakaian para penari ialah sampin dipakai di luar baju Melayu. Baju Melayu itu saya namakan baju Melayu Teluk Belanga. g) Langkah-langkah Pelaksanaan • Murid dilatih selama dua bulan sebelum majlis sebenar. • Guru menjemput tenaga pengajar dari kawasan setempat di mana beliau terlibat dengan mengajar menari tarian tradisional kepada para remaja dan kanak-kanak. • Tenaga pengajar tersebut akan mengajar teknik-teknik asas tarian zapin untuk dipelajari oleh lima orang murid lelaki tersebut. • Tenaga pengajar tersebut akan mengajar selama sebulan iaitu dua jam seminggu supaya murid-murid tersebut boleh menguasai tarian dengan lebih mudah. • Selepas sebulan, latihan tarian diteruskan tanpa tenaga pengajar asal tetapi guru yang bertanggungjawab terhadap persembahan sempena majlis penyampaian hadiah mengambil alih tugas unbtuk melatih para penari tarian Zapin. • Memandangkan, para penari telah mempunyai asas tari, latihan tarian diteruskan dengan memperdengarkan lagu ‘Ya Maulai’ untuk meneruskan latihan selama sebulan. • Rasional latihan selama dua bulan adalah untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik kerana ianya melibatkan seni tarian pergerakan kaki yang agak rumit untuk dikuasai. • Teknik-teknik yang dipelajari oleh lima orang murid ini akan direkod dan disimpan untuk kegunaan masaa-masa akan datang. • Minggu akhir sebelum persembahan sebenar, para penari hanya dilatih selama 30 minit sahaja. Sebagai pergerakan asas untuk dikuasai walaupun mereka telah arif dalam tarian Zapin. • Sehari sebelum persembahan sebenar, para penari diminta memakai pakaian tarian Zapin supaya mereka boleh menari di atas pentas supaya mereka tidak gugup pada hari sebenar. • Sebagai guru yang bertanggunjawab, saya akan memastikan segala kelengkapan sebelum persembahan disediakan dengan baik supaya tidak menghadapi masalah pada hari majlis penyampaian hadiah itu nanti. h) Unsur-unsur Kreatif dan Nilai-nilai Murni Yang Dalam Tarian Zapin Unsur-unsur kreativiti yang ada dalam tarian Zapin ialah pergerakan kaki yang perlu di kira semasa menari. Selain itu badan penari boleh bergerak ringan mengikut rentak muzik. Penari boleh menari dengan aksi tarian yang menarik selaras dengan kehendak muzik zapin. Tarian Zapin juga mempamerkan bahasa tubuh yang dikatakan kreatif semasa ianya dipersembahkan. Unsur kreatif juga boleh dilihat pada pemakaian para penari Zapin. Corak baju Melayu yang selaras dengan hiasan songkok diselit bunga menampakkan lagi tarian Zapin itu lebih menarik untuk dilihat. Keseragaman pemakaian menjadikan tarian Zapin lebih tersusun dan pandai menguasai pentas tari dengan lebih baik. Nilai-nilai murni yang boleh didapati dalam tarian Zapin ialah nilai kerjasama antara para penari yang memerlukan mereka menari dalam keadan yang sama dan seragam. Semangat kerjasama ini membantu mereka menhasilkan satu persembahan pentas yang menarik untuk tontonan para hadiri terhormat pada hari penyampaian hadiah itu kelak. Sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dalam kalangan penari menjadikan sesuatu aktiviti itu lebih mudah dipersembahkan. Tarian Zapin juga mendisiplinkan penari suapaya berpakaian kemas dan menepati masa . Tarian Zapin juga memperlihatkan unsure nasihat yang berguna menerusi lagu yang dugunakan oleh penari semasa menari. 3.0Aktiviti Kreatif Yang Kedua. a) TEMA Tema untuk aktiviti yang kedua ini ialah negara kita Malaysia. Tema ini sangat bersesuaian dengan kebanyakan senario atau majlis yang diadakan di sekolah. Tema kenegaraan adalah tema yang sering menjadi pilihan di setiap sekolah untuk membuktikan rasa kasih dan sayang akan tanah air kita ‘Malaysia’. Pada pandangan saya, aktiviti ini sesuai dijadikan salah satu persembahan sempena Hari Penyampaian Hadiah.. b) TAJUK Tajuk aktiviti ini ialah persembahan koir. Persembahan koir ini akan mempersembahkan dua buah lagu patriotik iaitu ‘Tanah Pusaka’ dan juga ‘1 Malaysia’. Lagu ini dipilih kerana mempunyai seni kata yang sangat bermakna dan sesuai untuk diterapkan dalam diri pelajar-pelajar kini, nilai-nilai yang terdapat di dalam setiap bait lagu tersebut. c) RASIONAL Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama." Di peringkat sekolah, aktiviti ini dapat mengumpulkan pelajar- pelajar yang mempunyai bakat menyanyi atau berminat untuk menyanyi dalam satu kumpulan untuk diasah bakat mereka. Koir ditubuhkan disekolah hasil daripada permintaan pelajar-pelajar. Guru-guru akan menjemput orang luar bagi mengajar pelajar-pelajar sekiranya guru penasihat tersebut. Kebiasaanya koir juga diajar oleh senior daripada sekolah tersebut yang menjadi kumpulan mahir. Apabila sesuatu kumpulan baru ditubuhkan maka kumpulan baru ini akan membuat persembahan disekolah dan akan menggantikan kumpulan mahir atau senior mereka. Koir sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda. Koir dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, esteika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk memikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti koir memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Aktiviti koir ini juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan kental dalam diri. d) BILANGAN MURID YANG TERLIBAT Kebiasaanya, aktiviti ini melibatkan 40 hingga 45 orang pelajar diketuai oleh seorang pelajar yang dipanggil konduktor. e) DURASI AKTIVITI Persembahan koir kebiasaanya mengambil masa lebih kurang 10 ke 12 minit. Setiap lagu patriotik yang dipersembahkan mengambil masa 3 ke 5 minit untuk setiap lagu. Minit yang selebihnya adalah untuk persiapan dan persediaan kumpulan koir tersebut. f) PERALATAN/BAHAN-BAHAN/SKRIP/KOSTUM/ SET PROPS/MUZIK DAN LAIN-LAIN YANG PERLU DISEDIAKAN Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella. Instrumen iringan secara praktikalnya boleh mengandungi sebarang instrumen, daripada satu hinggalah kepada orkestra penuh; untuk raptai iringan piano atau organ sering digunakan walaupun pada awalnya instrumen lain sepatutnya dirancang untuk digunakan, atau untuk tujuan raptai muzikal acapella. Kebiasaannya di setiap aktiviti peringkat sekolah, peralatan yang digunakan adalah seminima yang mungkin., g) LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN 1. Tone kualiti setiap individu berbeza-beza dan iaperlu disesuaikan dengan kumpulan kumpulan tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya misalnya terlalau tajam, atau gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan keseluruhan ensembel. Suaranya akan selalu tertonjol menyebabkan imbangan bunyi sukar dilakukan.Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun secara kumpulan. 2. Kemahiran dalam irama dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam lagu yang mempunyai pelbagai corak irama. Sesetengah pelajar sukar menyanyikan bahagian-bahagian irama ‘up beat’ atau sinkopasi .Ini akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu para guru disarankan menguji kebolehan pelajar dalam irama yang pelbagai dan pastikan ia dilakukan dengan betul serta menepati tempo yang diberi. Aktiviti yang selalu dilakukan ialah guru menyedikan beberapa jenis pola irama yang pelbagai termasuk yang mempunyai sinkopasi . Guru menepuk irama-irama tersebut dan meminta pelajar mengikutnya. Pelajar yang berjaya mengikutinya dengan irama serta tempo yang betul dianggap berjaya dan layak menyertai kumpulan tersebut. Bagi pelajar yang mempunyai latarbelakang muzik serta telah menguasai corak irama bolehlah menjalankan aktiviti yang lebih mencabar iaitu guru memaikan satu corak irama asas dan meminta pelajar memaikan satu corak irama lain dalam waktu yang sama. Gabungan corak irama ini akan menghasilkan satu corak irama baru jika dimainkan dengan betul. 3. Ketepatan pic sangat penting dalam menghasilkan sebarang bentuk ensembel yang berkualiti. Ia juga tidak terkecuali bagi sebuah kumpulan koir. Lapisan suara hanya dapat dilakukan jika setiap pelajar mempunyai ketepatan pic. Pic yang lemah akan menyebabkan harmoni yang tidak tepat , lemah serta tidak bertenaga malah menyukarkan proses nyanyian secara harmoni. Dalam konteks ini guru perlu mempastikan setiap pelajar yang terpilih mempunyai ketepatan pic. Ketepatan pic dapat dinilai atau diuji melalui beberapa aktiviti mudah saperti meminta pelajar menyanyikan balik melodi yang dimainkan atau dinyanyikan . Pelajar yang dapat mernyanyikan balik melodi yang dimainkan dikira mempunyai ketepatan pic yan baik, Namun guru-guru perlulah memainkan melodi-melodi yang bersesuaian dengan renj suara individu tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyanyikan arppegio,skel serta melodi-melodi pendek yang dimainkan dalam pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap individu. 4. Keseragaman dan persediaan pentas yang rapi amat penting dalam sesuatu persembahan. Justeru itu, guru perlulah mengadakan perancangan atau plan pentas terlebih dahalu disamping mengadakan latihan yang kerap untuk pelajar-pelajar sebelum persembahan yang sebenar. h) UNSUR-UNSUR KREATIVITI DAN NILAI-NILAI MURNI YANG DAPAT DIKEMBANGKAN DALAM AKTIVITI TERSEBUT Di dalam aktiviti koir lagu patriotik ini, terdapat beberapa unsur-unsur kreativiti dan nilai-nilai murni. Unsur kreativiti telah disebutkan oleh William Jordan serta rakan-rakannya. Unsur kreativiti digunakan untuk menyelesaikan masalah. Beliau telah mencipta beberapa aktiviti kreatif berdasarkan prinsip-prinsip berikut: 1. Kreativiti adalah aktiviti yang penting di dalam kehidupan seharian kita. 2. Kreativiti bukanlah sesuatu yang kabur, tersembunyi dan tidak boleh dinyatakan dengan spesifik. Kreativiti boleh dijelaskan, ditentukan sifat-sfatnya, boleh diajar secara langsung untuk menambah kuasa kreativiti murid. 3. Kreativiti di dalam apa bidang sekalipun termasuklah di dalam bidang sains, matematik, bahasa, ekonomi, perubatan dan bidang-bidang lain mempunyai persamaam iaitu hasilnya mempunyai sifat kreatif apabila dijelmakan. 4. Kreativiti boleh dikerjakan secara individu, kelompok dan berkumpulan. Seterusnya, nilai murni utama yang terdapat dalam aktiviti koir ini ialah semangat patriotisme dalam diri setiap pelajar. Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, πατρίς), oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/ataunegara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Dengan menyertai persembahan koir ini, adalah diharapkan pelajar-pelajar dapat menyerapkan semangat ini dalam diri masing masing. Selain daripada semangat patriotisme ini, terdapat juga beberapa nilai lain yang boleh dikaitkan dengan aktiviti ini seperti sikap kerjasama dalam pasukan, keyakinan terhadap diri sendiri dan juga keteguhan mental dan fizikal untuk menjalankan latihan yang secukupnya untuk menyiapkan diri ke persembahan sebenar. 4.0 Rumusan Secara keseluruhan, perancangan aktiviti saya adalah sesuai dilaksanakan pada Hari Penyampaian Hadiah di sekolah. Aktiviti nyanyian koir bertemakan negara Malaysia sangat sesuai dilaksanakan kerana hari penyampaian hadiah akan dilakasanakan selepas bulan kemerdekaan. Persembahan Tarian Zapin juga sesuai dilaksanakan bagi mengembalikan seni warisan supaya tidak luput ditelan zaman. Pergerakan kreatif yang dihasilkan dalam tarian ini membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tubuh sebagai cara untuk menyampaikan mesej kepada penonton. Sebagai guru yang bertanggungjawab merancang dua aktiviti kreatif ini saya berharap penerapan nilai-nilai murni dalam persembahan ini dapat dilihat oleh oleh penonton terutamanya penonton dalam kalangan murid sekolah. Kreativiti Satu Proses Berterusan Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff (D20102042217) Date posted : 16 Mar 2012 05:31:43 PM (0 read/s) Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia. Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Pada pandangan saya, kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi kerana mereka merealisasikan imaginasi dalam pelbagai cara.(Narimah Badau dan Nani Menon,2003). Kreativiti seseorang kanak-kanak boleh menjana minda serta membolehkan kanak-kanak berfikir dengan baik. Menyedari kepentingan kreativiti dalam diri kanak-kanak, sesetengah ibu bapa menghantar mereka ke kelas seni lukis, seni kraf atau seni tari. Ini perlu supaya kanak-kanak dapat meningkatkan potensi diri mereka yang tersembunyi. Isernberg(2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Sesuatu yang semula jadi dicungkil dan diolah menjadi lebih baik dan kreatif. Aktiviti yang kreatif membolehkan kanak-kanak meningkatkan sifat ingin tahu dan ianya merupakan satu cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa. Daya kreativiti kanak-kanak yang semulajadi sebenarnya melahirkan perasaan kegembiraan, kesedihan dan kekecewaan serta ianya membantu kanak-kanak untuk melahirkan emosi dan perasaan mereka. FORUM 1 Re : kreativiti kanak-kanak 16 Mar 2012 06:07:33 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 16 Mar 2012 04:43:11 PM Reply To : Lian Yoke Khun Attachment : No File Attach Salam Sejahtera Cikgu. Memang benar cikgu, kreativiti kanak-kanak yang semula jadi harus digilap dan dicungkil supaya ianya dapat ditonjolkan dan tidak tenggelam dalam diri kanak-kanak tersebut. Sebagai seorang guru, aktiviti yang kreatif serta merangsang minda memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Aktiviti yang kreatif membolehkan kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur,menghidu bahan dan mendengar bunyi. Seni ialah cara kanak-kanak menjana minda mereka. Re : kreativiti kanak-kanak 16 Mar 2012 06:53:24 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 13 Mar 2012 07:43:50 PM Reply To : Sakunthala A/P Dhanasekaran Attachment : No File Attach Salam Sejahtera Cikgu. Memang benar cikgu, 'Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak'. Kanak-kanak mampu berimaginasi hebat dan sebagai guru kita hendaklah membantu mereka merealisasikan imaginasi kreatif mereka supaya dapat dikongsi bersama individu di sekeliling mereka. Re : Kreativiti kanak-kanak semula jadi 16 Mar 2012 07:17:41 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 15 Mar 2012 12:21:45 AM Reply To : Mohamad Zamri Bin Ismail Attachment : No File Attach Assalamualaikum Cikgu. Sememangnya cikgu, kanak-kanak dilahirkan kreatif. Jika kita lihat, kanak-kanak kebanyakkannya sangat berminat dengan aktiviti seni seperti seni lukis(Narimah Badau, Nani Menon,2003). Mereka gemar melukis dan mewarna. Melalui cara ini, kanak-kanak dapat menzahirkan persaan mereka dengan lebih kreatif. Aktiviti muzik pula memang amat diminati oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran komunikasi apabila mereka menyanyi. Ini meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Re : Kreativiti kanak-kanak adalah semulajadi.. 16 Mar 2012 07:59:28 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 15 Mar 2012 01:09:59 AM Reply To : Nor Haslida Binti Mohamed Noor Attachment : No File Attach Assalamualaikum Cikgu. Saya sependapat dengan cikgu. Bakat semulajadi kanak-kanak tidak harus disekat tetapi ianya perlu dicungkil untuk menjadikan kanak-kanak lebih kreatif. Aktiviti yang menarik membolehkan kanak-kanak cenderung untuk menghasilkan sesuatu hasil seni yang menarik. Kreativiti menjana pemikiran kanak-kanak. Mereka mencurahkan perasaan mereka melalui hasil seni yang dihasilkan. FORUM 2 Imaginasi negatif dan positif kanak-kanak. Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff (D20102042217) Date posted : 13 Apr 2012 11:52:24 PM (0 read/s) Assalamualaikum.. 1 Malaysia. Imaginasi merupakan pemikiran futuristik bermaksud kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Mengikut kamus dewan edisi ke-4 menerangkan imaginasi ialah daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Melalui imaginasi kanak-kanak dapat menciptakan alam lain di dalam kepala yang bersifat positif. Pada pandangan saya, imaginasi mendorong rasa ingin tahu kanak-kanak sehingga mereka boleh menghasilkan sesuatu hasil kerja yang menarik dan bermutu. Impak positif yang lain juga akan jelas terlihat di mana kanak-kanak bisa memberi idea-idea yang menarik dalam hasil kerja mereka. Selain itu, kanak-kanak juga boleh berbahasa dengan baik sekirannya daya imaginasi mereka ke arah itu. Kadang-kadang, dengan berimaginasi dapat membantu kanak-kanak merealisasikan impian mereka. Imaginasi juga memberi kesan negatif kepada manusia. Ini jelas, di mana hasil berimaginasi membolehkan mereka hilang fokus kerana berada di dunia khayalan sendiri. Dunia khayalan yang dimaksudkan adalah dunia yang hanya di fahami oleh mereka yang berimaginasi. Bagi kanak-kanak, imaginasi negatif boleh membahayakan contohnya ingin jadi seperti 'superman'. Imaginasi negatif juga memberi kesan kepada berlakunya kelakuan agresif yang tidak sesuai kepada kanak-kanak. Namun sebagai ibu bapa dan guru perlu sama berganding bahu untuk menjayakan imaginasi positif kanak-kanak. Re : Imaginasi: Kesan positif dan negatif. 14 Apr 2012 11:33:46 AM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 12 Apr 2012 12:46:07 AM Reply To : Lian Yoke Khun Attachment : No File Attach Salam Sejahtera. Benar cikgu, imaginasi positif menentukan tindakan yang bakal diambil oleh seseorang. Daya imaginasi yang kreatif membuahkan hasil kerja yang bermutu. Imaginasi positif juga menjadikan seseorang individu lebih kreatif dalam hidup mereka. Imaginasi positif juga menjadikan seseoarang individu itu lebih berfokus dan bijak menjana idea. Re : Imaginasi 14 Apr 2012 12:22:55 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 07 Apr 2012 12:07:45 AM Reply To : Mahrizal Bin Mohamad Toha Attachment : No File Attach Assalamualaikum Cikgu. Memang benar cikgu, kesan imaginasi negatif menjadikan seseorang itu kurang bertumpuan dalam menghasilkan sesuatu kerja. Mereka menjadi penghuni di dunia khayalan ciptaan sendiri terutamanya kanak-kanak. Dalam situasi ini, peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam menjana gaya pemikiran kanak-kanak ibarat kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Melalui cara ini menjadikan mereka lebih kreatif pada masa akan datang. Re : Imaginasi: Kesan positif dan negatif 14 Apr 2012 01:56:40 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 31 Mar 2012 11:56:49 AM Reply To : Norkamila Binti Abdul Karim Attachment : No File Attach Assalamualaikum Cikgu. Benar cikgu, guru mestilah memainkan peranan penting dalam menggalakkan kanak-kanak berimaginasi secara positif. Guru sememangnya mengetahui akan sikap anak muridnya. Imaginasi kanak-kanak disebalik pemikiran simbolik sebenarnya menjadikan mereka lebih kreatif, mempunyai kemahiran berfikir serta kemahiran menyelesaikan masalah dengan lebih bijak. Guru perlu sedar akan, kanak-kanak belajar melalui peniruan (Teori Bandura). Kanak-kanak berimaginasi ingin menjadi seperti ibu, bapa atau guru berdasarkan pemerhatian mereka. Oleh yang demikian, kita mestilah menjadi role model yang baik untuk menjadi ikutan mereka. Sebagai guru kita juga perlu memastikan agar anak murid cenderung ke arah pemikiran kreatif dalam menghargai seni dalam kehidupan. Seni itu bisa menghasilkan keharmonian dalam diri sendiri. Daya imaginasi kreatif kanak-kanak boleh dilihat dalam hasil seni seperti menggambar, melukis, membina atau sebarang kraftangan yang dihasilkan. Cetusan idea-idea yang baik boleh dicorak oleh guru dalam menjadikan anak murid lebih kreatif dalam beimaginasi. Re : imaginasi kanak-kanak 14 Apr 2012 02:09:11 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 31 Mar 2012 10:06:44 PM Reply To : Naiazlina Binti Kamat@Mamat Attachment : No File Attach Assalamualaikum Cikgu. Sememangnya cikgu, ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dalam melahirkan individu yang berfikiran kreatif. Ibu bapa boleh membantu anak-anak dalam berimaginasi secara positif dan membina. Ini penting untuk menjadikan mereka lebih berfokus dalam menghasilkan sesuatu kerja yang pastinya bermutu. Ibu bapa juga perlu sedar akan anak-anak memerlukan perhatian yang khusus dalam membentuk tingkah laku ke arah yang lebih positif. Jika kita sedar, anak-anak lebih menjurus ke arah pergerakan kreatif dan nyanyian. Kita boleh mencorak anak-anak ke masa hadapan yang lebih baik. Kanak-kanak boleh berbahasa dengan baik melalui nyanyian. Belajar melalui nyanyian menjadikan anak-anak lebih senang berkomunikasi dan meningkatkan daya pemikiran mereka. FORUM 3 Kanak-kanak yang kreatif bijak menyelesaikan masalah. Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff (D20102042217) Date posted : 14 Apr 2012 03:06:46 PM (0 read/s) Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia. Sebagai seorang guru saya sedar bahawa kanak-kanak yang kreatif ialah kanak-kanak yang bijak menyelesaikan masalah. Kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah adalah seorang individu yang berkeyakinan tinggi. Melalui penyelesaian masalah, mereka dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Menurut Green dan Knippn kemahiran menyelesaikan masalah ialah membuat pilihan terhadap alternatif lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada pendapat saya, kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah ialah seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu lebih mendalam. Kanak-kanak ini akan gemar menyoal untuk mengetahui jawapan yang terbaik. Ini merupakan kaedah penyelesaian masalah yang dinamakan 'inkuiri penemuan'. Sebagai contoh, kanak-kanak akan cuba menghasilkan berbagai-bagai bentuk melalui sehelai kertas. mereka terlebih dahulu menyoal guru untuk memastikan bentuk apa yang akan dihasilkan oleh mereka. Melalui sehelai kertas, kanak-kanak boleh menghasilkan bentuk kapal, bola, katak, ketam dan ikan. Ianya akan lebih dimurnikan sekiranya guru boleh memcetuskan idea dalam penghasilan sesuatu bentuk. Kemahiran menyelesaikan masalah menjadikan kanak-kanak berkeupayaan menampilkan pemikiran spatial dan temporal jika melibatkat pelajaran matematik dan sains. Oleh yang demikian, guru adalah insan yang utama dalam melahirkan individu yang bijak menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Re : Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah 15 Apr 2012 11:16:41 AM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 07 Apr 2012 12:09:33 AM Reply To : Suzana Binti Yusob Attachment : No File Attach Assalamualaikum Cikgu. Ya, memang cikgu. Kanak-kanak yang kreatif ialah seorang yang bijak menyelesaikan masalah. Kanak-kanak ini sebenarnya seorang berkeyakinan tinggi dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sentiasa memikirkan jalan untuk mencari jawapan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah. Dari aspek kreativiti pula, kanak-kanak boleh menghasilkan sesuatu binaan dengan menarik. Contohnya menghasilkan kereta dengan menggunakan kotak. Re : FORUM 3 15 Apr 2012 12:24:22 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 04 Apr 2012 11:12:47 AM Reply To : Rawaida Bt Osman Attachment : No File Attach Assalamualaikum Cikgu. Memang benar cikgu, kreativiti menjadikan kanak-kanak seorang penyelesai masalah yang bijak. Kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah melalui naluri ingin tahu mereka. Ini menjadikan mereka mahir dalam membuat sebarang keputusan. Melalui penggunaan pemikiran kreatif, pelbagai kemungkinan penyelesaian dapat dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pemikiran kreatif otak kanan kanak-kanak (Roger Sperry) membolehkan kanak-kanak mempunyai kemahiran berfikir berupa kreatif, sintesis, warna dan reka bentuk melibatkan corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Guru juga boleh membimbing murid meninjau sesuatu idea atau pendapat dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan melihat pendapat dari sudut pandangan orang lain. Melalui cara ini, kanak-kanak bisa menjadi individu yang sangat arif dalam penyelesaian masalah mudah . Re : Forum 3 15 Apr 2012 01:11:08 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 14 Apr 2012 09:37:56 PM Reply To : Mohamad Zamri Bin Ismail Attachment : No File Attach Assalamualaikum Cikgu. Sememangnya cikgu. Pemikiran kreatif menjadikan kanak-kanak individu yang mahir dalam menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan, prinsip, teori, hukum, rumus yang sedia ada. Kanak-kanak juga boleh menyelesaikan masalah yang bercapah. Mereka menggunakan pemikiran divergen. Pemikiran divergen memerlukan seseorang berfikir secara kreatif terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai. Ini menjadikan kanak-kanak seorang yang gemar menyelesaikan masalah. Re : Forum 3 15 Apr 2012 01:27:02 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 12 Apr 2012 01:16:18 AM Reply To : Lian Yoke Khun Attachment : No File Attach Salam Sejahtera Cikgu. Benar cikgu, kanak-kanak yang kreatif bijak menyelesaikan masalah. Pemikiran yang kreatif menjadikan seseorang kanak-kanak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak yang mahir menyelesaikan masalah juga mahir dalam membuat sebarang keputusan. Mereka juga mempunyai kemahiran menganalisis, menaakul, merumuskan serta meramal, membanding beza, mereka cipta, menjana idea dan meramal perkara baru. FORUM 4 Penilaian kreativiti kanak-kanak. Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff (D20102042217) Date posted : 14 Apr 2012 03:34:57 PM (0 read/s) Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia. Guru memainkan peranan yang penting dalam menilai dan memberi gred kepada hasil kreativiti kanak-kanak. Kreativiti kanak-kanak boleh dinilai melalui pemerhatian, hasil kerja murid dan kebolehan murid dalam menceritakan hasil kerja mereka. Kita juga boleh menyediakan senarai semak untuk memastikan hasil kerja anak-anak murid menjadi lebih berkualiti. Selain itu, rekod berterusan perlu diadakan untuk menilai tahap kreativiti kanak-kanak. Guru juga boleh menyediakan folio hasil kerja murid bagi memastikan tahap kualiti kerja yang dihasilkan menjadi lebih baik atau kreatif pada masa-masa akan datang. Guru juga boleh menilai atau memberi gred yang baik kepada hasil kreativiti murid yang sentiasa dipamerkan. Peranan guru dalam dalam mengesan akan kreativiti murid adalah dengan melaksanakan 'reward sistem'. Murid yang kerap mendapat ganjaran, akan lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu kerja atau kraftangan. Hasil kerja seni murid memperlihatkan perkembangan kreativiti murid dari masa ke semasa. Guru juga boleh menggalakkan murid menceritakan semula tentang hasil kerja mereka. Melalui cara ini, guru boleh memahami mesej yang ingin disampaikan oleh murid. Oleh yang demikian, guru lebih mudah untuk menilai hasil kerja seni murid dengan memberikan gred yang baik serta bisa menggalakkan murid ,lebih berkreativiti dalam menghasilkan kerja-kerja seni. Attachment : No File Attach... Re : Forum 4 15 Apr 2012 01:52:30 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 12 Apr 2012 11:00:23 PM Reply To : Mohamad Zamri Bin Ismail Attachment : No File Attach Assalamualaikum Cikgu. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu di mana guru boleh menilai anak murid melalui pengumpulan segala hasil kerja seni. Hasil kerja ini dikumpul dalam bentuk portfolio. Guru boleh melihat tahap perkembangan kreativiti anak murid dari masa ke semasa. Melalui cara ini guru boleh memberikan penilaian yang baik atau gred yang tinggi untuk menggalakkan anak murid sentiasa cuba untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja yang bermutu dan kreatif. Re : Forum 4 15 Apr 2012 02:27:39 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 12 Apr 2012 02:01:10 AM Reply To : Lian Yoke Khun Attachment : No File Attach Salam Sejahtera Cikgu. Ya benar cikgu, pemerhatian merupakan cara yang terbaik untuk menilai tahap kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti seni. Guru bolehlah merancang aktiviti yang sesuai untuk menilai tahap kebolehan anak murid dalam aktiviti seni. Melalui pemerhatian, guru juga boleh melihat mesej yang ingin disampaikan oleh anak murid secara kreatif. Guru juga boleh memilih hasil kerja yang terbaik dan mempamerkannya. Kekerapan hasil kerja yang dipamerkan menunjukkan kanak-kanak itu adalah kreatif dan diberikan gred yang tinggi. Pemberian gred adalah terhad kepada gred A, B, C sahaja. Guru janganlah menilai anak murid dengan gred D. Ini adalah untuk mengelakkan anak murid tersebut rasa rendah diri kerana dinilai seperti itu. Re : forum 4 15 Apr 2012 03:19:49 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 02 Apr 2012 04:00:53 PM Reply To : Lee Zhi Wei Attachment : No File Attach Salam Sejahtera Cikgu. Ya benar Cikgu, pelbagai cara boleh digunakan untuk menilai tahap kreativiti kanak-kanak. Aktiviti seni yang dilakukan oleh kanak-kanak boleh diperhatikan dan direkodkan. Aktiviti seni yang dinilai adalah bagi melihat keberkesanan aktiviti yang disediakan oleh guru. Penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan rekod anekdot,senarai semak, skala kadar dan carta penyertaan. Re : FORUM 4 15 Apr 2012 03:45:20 PM Posted By : Nur Farizah Binti Abdul Latiff 11 Apr 2012 12:01:59 AM Reply To : Sarveswary A/P Marimuthu Attachment : No File Attach Salam Sejahtera Cikgu. Saya amat bersetuju bahawa kreativiti kanak-kanak dapat dinilai melalui pemerhatian guru. Pemerhatian guru merangkumi segala aspek kreativiti yang ingin dinilai. Selain itu senarai semak juga boleh disediakan bagi melihat keberkesanan aktiviti seni yang disediakan. Ia bertujuan untuk melihat samaada kanak-kanak melibatkan diri sepenuhnya ataupun tidak dalam aktiviti seni yang dirancang oleh guru. Hasil kerja murid bolehlah dikumpul dan disimpan dalam portfolio. 5.0 Rujukan 1. Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohd Sharani Ahmad, 2003. Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd : Pahang Darul Makmur. 2. Dr. Loy Chee Luen, 2012. Modul Ekpresi Kreativiti Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjung Malim. 3. Khairul Bariah Haroen, Khalijah Mohamed, Zaiton Mohamad, Zaharah Abd Manap, Yusri Hj Hussain, 2011. Pengenalan Pendidikan Muzik, Open University Malaysia (OUM): Selangor. 4. Nani Menon, 2005. Permainan, Lagu & Puisi, PTS Profesional : Pahang. 5. Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob, Jurnal Perkembangan Kanak-kanak Melalui Muzik, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein.